(==,)
..The name is NURNATASHA AMIRA BT ROSDI..I am a Muslim..I was born in 1996..Nature is the best thing!..
*Smile,,it is a sadaqah*



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: Natasha Rosdi

Islam itu indah
Thursday, February 14, 2013 | 3:30 AM | 0 comments
Dialog seorang Uncle Chinese dengan seorang waiter.

Uncle:"Kenapa ha waitress dekat sini semua pakai tutup dari ujung rambut sampai ujung kaki? Aiyya...tak ada waitress yang hot sikit ka?"

Waiter: "Oh, sebab mereka kan orang Islam..."

Uncle: "Apa pasal Islam suruh tutup macam tu? Tak sporting la. Panas pakai tutup macam tu."

Waiter: "Oh..saya tanya soalan boleh?"

Uncle: "Boleh2..sila.."

Waiter: "Sorry ya, uncle ada anak perempuan tak?"

Uncle: "Ada dua orang. Dua-dua sudah grad. Dua-dua hot maa."

Waiter: "Uncle suka tak kalau ada lelaki-lelaki perhati dekat anak uncle dari hujung rambut sampai hujung kaki?"

Uncle: "Haiyya. Tengok ka..."

Waiter: "Kita sama-sama lelaki uncle, bagaimana mata lelaki bila tengok wanita..kita dah sama-sama faham..mata lelaki tak segan-segan perhati dari atas sampai bawah..jelajah satu badan wanita...betul tak?"

Uncle: "Hmm.."

Waiter: "Uncle suka ke bila mata lelaki tengok ke segenap tubuh anak uncle?"

Uncle: "Haiyaa! Bikin panas la kalau dah macam tu! Anak I tu! I takkan benarkan sama sekali mata keranjang perhati body my daughters! Mau kasi tumbuk sama itu muka la!" (hentak meja)

Waiter: "Sorry uncle. Tak bermaksud nak sakitkan hati uncle. Islam pun begitulah uncle. Anak-anak gadis atau wanita beragama Islam bagaikan anak-anak yang perlu dilindungi dan dipelihara. Agama Islam memainkan peranan sebagai seorang bapa yang melindungi anak-anaknya. Sebab itulah disuruhnya tutup dengan baik atau namanya 'tutup aurat dengan sempurna'. Supaya mata keranjang lelaki tidak sampai ke setiap inci tubuh 'anak-anak yg mahu dilindungi' ni. Supaya dapat selamatkan mereka. Dapat jaga mereka dari kes-kes yang tidak diingini berlaku atau diganggu lelaki yang berniat tak baik pada mereka.."

Uncle: "Oh..itu macam ka...uncle minta maaf juga..tapi takpe kan tanya soalan je kan tadi?"

Waiter: "Takpe, tanya tak salah pun. Yang salahnya, tak habis tanya dah mencelah. Ehee. Islam tu indah uncle, cuma orang-orang Islam sahaja yang ramai tak ikut suruhan agama. Uncle jgn tengok pada orang-orangnya. Sekarang, agama apa sahaja pun, masyarakat seolah-olah menjauh dari agama masing-masing. Betul tak?"

Uncle: "Betul..betul.. U ni nama sape? Ni bussiness card uncle, nanti calling²lah uncle kalau lalu Ampang. Boleh uncle kenalkan dengan my daughters.."

Waiter: "Nama saya Shahrul Aizam. Hee. Baik, saya pasti call! Insya-Allah!"

Uncle: "Insya....??"

Waiter: "God-willing lah uncle.." (senyum)

Uncle: "Oh itu macam kaaa.." (senyum)

p/s: Islam itu indah.


#copy paste rusydee artz.


Old things | New things